SELAWAT TAFRIJIYYAH
SESIAPA YANG MENULIS SELAWAT PADA SATU BENDA ATAU KERTAS, PARA MALAIKAT SENTIASA MEMINTA AMPUNKAN DOSANYA SELAMA-LAMA TULISAN ITU BELUM TERHAPUS.
( MAFHUM AL-HADIS )
KETERANGAN :
( KATA IMAM AL-DAINURI )
1) Barangsiapa membaca 11 kali pada tiap-tiap kali lepas solat fardhu, maka tidak berkeputusan rezekinya, juga akan mendapat martabat ( kedudukan ) yang tinggi.
2) Barangsiapa membaca 41 kali pada tiap-tiap kali lepas solat subuh, maka akan tercapai/berhasil segala maksud & cita-citanya.
3) Barangsiapa membaca 313 kali pada tiap-tiap hari, maka akan terbuka segala rahsia & dapat melihat apa yang dikehendakinya.
4) Barangsiapa membaca 1000 kali, maka akan tercapai segala perkara yang tak tergambar oleh akal, tak terlihat dengan mata kasar, tidak didengar oleh telinga & yang tidak terlintas pada hati.
KATA IMAM AL-QURTUBI :
1) Barangsiapa membaca 41 kali atau 100 kali atau lebih pada tiap-tiap hari akan dapat menghilangkan segala dukacita & dapat mengelakkan segala bala ( yang memudaratkan ) serta diluaskan rezekinya, terbuka segala pintu kebajikan, perkataanya sentiasa didengar ( dihormati/dipatuhi ) orang, terjauh daripada kemiskinan & kepapaan, kasih segala manusia kepadanya & mustajab segala dosanya.
2) Untuk menghasilkan segala urusan penting & menolak segala bala yang datang, maka hendaklah dibaca 4,444 kali sambil bertawassul ( mengambil berkat ) dengan Nabi saw yang mempunyai sifat-sifat kemegahan kemudian berdoalah. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah SWT =)
dan, diceritakan bahawa ... Kata Sidi Muhammad Haqqa,
"Aku telah mengajar selawat Tafrijiyyah ini kepada seorang perempuan yang telah buta matanya selama 25 tahun. Kemudian diamalkan olehnya sehingga sehingga sempurna bilangannya sebanyak 4,444 kali dalam tempoh 8 hari tiba-tiba matanya dapat memandang ( celik ) semula dengan kuasa Allah SWT."
Subhanallah. Rasa kerdil diri ini menumpang di bumiMu Ya Allah. Berilah aku kekuatan untuk bersabar dan terus bersabar dengan setiap dugaan mu yang tak seberapa tu. Sesungguhnya sabar itu teramat indah. Duhai Rasulullah,aku ummat yang begitu banyak melakukan dosa.terasa hina sekali diri ini pabila dibandingkan dengan dirimu yang mengingati ummat Mu setiap saat sehingga akhir nafasmu. Ya Allah,berilah petunjuk kepada semua hamba-hamba Mu ini agar berada di jalan yang lurus dan benar. Sesungguhnya kami hamba yang lemah dan mudah lalai. Aku memohon dengan sepenuh hatiku Ya Allah.
Nur Hafizati at 06:57
KameraLamaKameraBaru
0 comments:
Post a Comment