HUDUD ialah langkah paling terakhir yang patut dikenakan kepada seorang penjahat setelah segala cara-cara lain tidak lagi boleh mendidiknya. Macamlah seorang yang berhadapan dgn isteri yg derhaka, menceraikannya bukanlah jalan awalnya. Menjatuhkan talaq hanya mungkin sesudah segala usaha-usaha damai tidak berkesan.
Alangkah kejamnya sesorang yang menceraikan isteri sebelum berusaha mendidiknya. Dan lebih-lebihlagi kejam jika seorang lelaki yang belum pun kahwin atau baru saja kahwin sudah berfikir bagaimana hendak ceraikan isteri kalau siisterinya itu jahat.
Halnya ini samalah halnya dengan orang baru sahaja dapat negara atau belum dapat negara itu lagi tetapi sudah berfikir macam mana hendak hududkan rakyatnya.Saya yakin dalam Islam, bukan itu caranya. Islam agama selamat. Kedatangannya menyelamatkan umat. Mencegah kemungkaran seperti yang diajarkan dalam Al Quran ialah dengan:
” Serulah ke jalan Tuhanmu secara hikmah dan dgn contoh pengajaran yang baik. Dan berbahaslah dgn mereka dgn cara yang paling baik.”
(An Nahl:125)
Justeru itu, kejahatan yang berlaku dalam masyarakat mesti dihadapi dengan cara ini dulu. Sebab kebanyakan orang yang derhaka kepada ALLAH ini, bukan kerana sengaja tetapi kerana mereka terbiar, tidak diberi faham dan dididik dengan iman dan Islam, dgn wahyu dan sabda Nabi, secara dekat, serius dan berterusan.
Segala usaha dimulakan dengan dakwah dan tarbiah terlebih dulu. Hasil dakwah yang sungguh-sungguh, ternyata ramai umat Islam ini yang mahu kepada kebaikan-kebaikan yang ada dalam Islam. Cuma selama ini mereka jahil dan terbiar.
Di peringkat ini hudud bukanlah masanya. Bercakap tentang hudud dalam suasana masyarakat jahil dan terbiar samalah dengan orang yang memukul anak kecilnya yang memegang api kerana tidak tahu api itu panas.
Hudud hanya mungkin elok dilaksanakan pada sesorang bila kedegilannya sudah tidak ada ubat lain lagi. Anak boleh dirotan bila dia tetap hendak main api bila telah diberitahu dan tahu api itu membahayakan dirinya.
Islam tidak menyuruh kita menyeksa orang tetapi kita disuruh agar orang jadi baik terlebih dahulu.
Seksaan hanya dibenarkan ke atas orang yang nyata sengaja merancang dan melaksanakan kejahatan setelah melalui proses dakwah dan tarbiah secara serius dan berterusan
0 comments:
Post a Comment