Mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan

KISAH YANG MENARIK
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Wali tu ternampak ahli-ahli kubur pakat kais-kais rumput seperti mencari sesuatu. Tetiba beliau terlihat ada seorang ahli kubur yg sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri . Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada orangg tua tersebut.

Wali : Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dgn tenang sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput disitu.

Org tua: Jikalau kau nak jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah saudara aku sendiri.

Wali tersebut pun beredar daripada situ. Keesokan harinya. Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut. Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca qur'an. Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.

Wali: Assalaamualaikum orang muda, saya ada beberapa soalan untuk orang muda.

Penjual daging: waalaikumsalam, ya boleh. Apakah soalannya itu?

Wali: Kau ada seorang ahli kerabat di kubur kampung ini?

Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapaku.

Wali: Aku terlihat ayahmu dalam mimpi ku. Beliau tenang disana. Apa yg kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?

Penjual daging: Aku membaca Al-qur'an dan aku berdoa kpd Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkan nya kepada ayahku.

Wali : Kenapa ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?
Jawapannya, mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat". Manakala pakcik tua tadi hanya duduk berehat kerana doa anaknya hanya khas untuknya.

Pesanan: Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita, saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh. Doa seorang anak kepada org tuanya, akan terus sampai kepada ibu bapanya, terutamanya anak lelaki yang mana syurganya dibawah telapak kaki ibunya....

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Berikut...
juga pesanan untuk diri saya  sendiri dan  Saya sampaikan buat sahabat-sahabat, mungkin ada sikit pahala buat saya, walaupun saya tak mampu untuk laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.

Tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
**********
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
*********
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
*********
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
***********
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
*********
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
**********
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
*********
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
 
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.
▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼

0 comments:

Post a Comment