Hudud : Muslim Terlalu Besar Untuk Cita-Cita Kecil

Hukum ALLAH mesti dibela. Kebenaran mesti ditegakkan. Saya kecewa dgn orang-orang yang ghairah sangat menggesa agar HUDUD dilaksanakan tetapi rupa-rupanya mereka tidak betul-betul serius bersedia dengan persiapan yang benar-benar konkrit, walaupun sudah berpuluh-puluh tahun berjuang.

Dan saya terkejut kerana ada pula segelintir umat Islam yang menolak terus hukum ALLAH ini tanpa hujah yang berasas. Daripada hujah dan penolakan yang dibuat itu nyata pada kita golongan ini tidak faham tentang Islam, agama yang dipilih untuk dianutinya itu. Mengapa mereka mengaku menganut Islam, tetapi kemudiannya mempertikaikan undang-undang Islam?.

Sepatutnya mereka study dulu Al Quran dan Hadis itu sehingga mereka yakin betul kebenarannya, barulah mengisytiharkan,

“Saya orang Islam dan akan membelanya.”

Apa, mereka ingat ALLAH tidak fahamkah masalah-masalah yg bakal berbangkit akibat daripada perlaksanaan hudud? Dan kalau ALLAH faham, apakah ALLAH tidak buat jalan keluar untuk masalah tersebut?

Kalau benarlah begitu, ertinya tidak lengkaplah ajaran Islam ini. Sebenarnya kitalah yang tidak faham Islam. Memang, kalau tidak belajar, mana nak faham.

Dalam Islam, sebarang masalah ada jawapannya. Dan logiknya jawapan Islam itu mengatasi semua logik akal yang terfikir oleh manusia. Logik yang ALLAH bekalkan dalam wahyu-Nya terasa luar biasa oleh kita, sebab kita tidak terfikir pun logik itu sebelumnya. Hingga kerana logik Al Quran ini, kita akan kagum dengan Islam dan merasa bertuah kerana kita menjadi penganutnya.

0 comments:

Post a Comment