Hudud Bukan Makan Tapi Pendidikan

BERBALAH  HUDUD  YANG DIMARDUD 
TERLUPA ALLAH YANG WADUD

Saat aku berada di hudud … … antara Darul Aman dan Langkasuka yang luput … di kota khamar dan pelacur sahut menyahut. Aku terdengar orang berbalah hukum hudud … … hukum dari langit yang sedang di mardud … tidak ia di hujjah oleh hukama bersujud … namun si gengsi yang bimbang kursinya tersudut.

Aku jadi hairan yang teramat. Kenapa hukum itu digaduhkan sangat … walhal semua yang hidup mahu selamat  … walhal hudud itu menghukum penjahat … walhal orang baik tak akan di sebat.

Jika hudud itu menghukum penjahat. Kenapa yang baik tak mau berpakat. Kenapa bertikam sampai lumat  … walhal kelmarin berpeluk rapat.

Jika hudud itu tak ikut perlembagaan. Kenapa tidak ditukarkan jalan. Lembaga Negara bukannya Tuhan … yang tiada dapat di gantikan … dengan ayat yang memberi kebaikan.

Apa yang rugi jika hudud berjalan ?
Akan berperangkah Malaysia yang  aman ?

Jika hudud melanggar hak asasi. Hak siapa yang akan rugi ?. Hak berjahat bolehkah diberi ? … seperti ku lihat di kota maksiat ini ?.

Jika hudud itu tidak demokrasi. Memenjara itu semuakah mempersetujui ?. Dan hukum Allah perlukah dikonsultasi … ?. … dengan yang tiada bersyahadah 2 kali ? … atau yang keliru mengaku mengerti ?.

Jika hudud belum difahami. Masuklah kampong pusing negeri. Berilah ceramah setiap hari … dari subuh sampai dinihari … seperti  esoknya hendak mengundi.

Tulislah kitab barang selori
Tampallah poster sana sini
Edarlah risalah macam along dan ceti
… biar dimengerti penjahat dan pencuri…

Jika infra hukum belum siap
Apa ditunggu sampai terlelap
Mengatur yang lain bukain main cekap
Mensistemkan  perintah Ilahi kenapa lembab ?!!.

Apa yang tak sedia tolong cakap !!
Biar dikerah si buta dan si gagap.
Menggantikan kerja para strategis bercakap.

Jika hudud itu menggencatkan pelaburan. Pelabur mana yang hendak dihududkan ?. Pelabur yang menyamun perlukah di layan ? … jika datang mengeksploit kekayaan … dan pulang memusnahkan kedaraan.

Hudud  yang sempurna hanya pada Tuhan. Manusia penggubal mesti ada kelemahan. Jika mu pandai buatlah pembetulan. Janganlah menyalak di segenap jalan. Mu bukannya haiwan yang tiada fikiran !!!.

Hudud itu bukan untuk menyiksakan. Hukum al Wadud itu asasnya kasihan. Tujuan menyelamat si jahat dari siksaan
… siksa yang teramat di hari kemudian
    …. biarlah di sini di rasakan kesakitan
         … supaya dia bersih bertemu Tuhan

Dan ..
Kita semua pun harus berkasih-kasihan
Berunding dan berbincang cari kesefahaman
Dengan ilmu dan keikhlasan
Kerna …
Sekarang inipun Allah memerhatikan …
… siapa yang ikhlas, siapa yang cari undian

Aku yang bingung  ingin menyarankan ..
…. Berbuatlah apapun hanya untuk Tuhan
Kerna …
Hanya yang ikhlas …
… akan dikurnia Hidayah Tuhan
… dan dilihatkan Nur di setiap jalan
kopi & pasta serata alam…

0 comments:

Post a Comment