Info disahkan sahih...
Please take note semua pengguna jalanraya..
Penting. Awas !!! , .....
Berhati-hati jika ada orgtua nk tumpang kenderaan anda berdekatan Hentian Rehat dan Rawat Lebuhraya PLUS.
Kejadian berlaku di Lebuhraya PLUS sewaktu kawan saya berhenti dlm perjalanan menaiki kereta utk pulang ke KL drpd JB melalui Lebuhraya PLUS, kerana mengantuk beliau berhenti rehat di salah sebuah Hentian Rehat dan Rawat .
Sewaktu berehat maka dtglah kpdnya seorg tua yg berpakaian agak compang-camoing lalu menegurnya,
“ Anak nak ke mana ? ”.
Kawan saya menjwb ringkas, “KL pakcik ".
Org tua itu bertanya lagi, “ Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh ? ” tanpa selidik dijawab oleh kawan saya tadi “Ehm… bolehlah”.
Lantas org tua itu msk & duduk di dlm keretanya. Dlm hati kawan saya berkata, “Hai, siapalah org tua nii, org ke atau...” Seram gak bila tgk pakcik tu membisu je.
Beliau pun meneruskan perjalanannya. Sebaik lebih kurang 2 km menghampiri Pagoh, org tua tadi bertanya,
“Anak nak kaya tak?”
Kawan saya tersentak & berkata dlm hati,
“Dah buat dah org tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Org tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?”
Lalu kawan aku pun jawab, “Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak”
Org tua tu tak bertanya lagi. Dlm hati kawan ku berkata mungkin jwpnnya adalah yg terbaik takut2 itu hanya ujian drpd org tua tadi.
Kemudian org tua tu tanya lagi, “Anak nak kaya tak?”
Si Kawan ku jwb serupa yg tadi, “Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana”. Sampai di Pagoh, org tua itu minta diturunkan lalu berkata,
“Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin
"KAYA cap Yeo's"
utk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik. T kasih, ya nak.” lalu org tua tu turun dari kereta.
Begitulah ceritanya...
0 comments:
Post a Comment