Hukuman-hukuman ALLAH sebenarnya mempunyai kebaikan yang cukup banyak. Lihatlah firman-Nya:
“Sesungguhnya dalam qisas itu ada kehidupan, wahai orang yang mempunyai akal, moga-moga kamu bertaqwa.”
(Al Baqarah:179)
Saya akan cuba mentafsirkan ayat ini dengan menggunakan ilmu yang ALLAH berikan. Ukuran kadar hukuman yg ALLAH tentukan itu boleh menghidupkan jiwa dan fizikal manusia. Proses terjadi adalah begini: Hidupnya jiwa dan fizikal ialah bilamana seseorang yg telah dijatuhi hukuman tiba-tiba dimaafkan oleh pihak yang menuntut bela itu. Mulanya pesalah sudah kecewa sekali apabila nyawanya akan hilang atau tangannya akan dipotong.
Waktu itu jiwa sudah mati sebelum fizikalnya betul-betul dipengapakan. Tetapi dalam ajaran Islam, biasanya dan sepatutnya, pihak keluarga yg menuntut bela akan rasa bersalah untuk membenarkan mahkamah benar-benar menjalankan hukum yg berat itu pada pesalah. Kerana orang yang bertaqwa itu sangat suka memberi maaf kerana inginkan keredhaan ALLAH. Walaupun mereka itu juga telah disusahkan oleh pesalah, yang mana pesalah patut juga disusahkan, tetapi si Mukmin tidak punya sifat pendendam. Cukuplah pesalah diseksa dgn pembicaraan dan mendengar hukuman yang berat padanya itu. Itupun sudah menyeksakan. Maka atas pertimbangan itu, pihak yang mendakawa sudah dapat menerima bahawa taqdir yang berlaku adalah ujian ALLAH untuk mereka. Tentuhikmah ALLAH cukup banyak dengan menimpakan kemalangan itu kpd mereka. Kalau mereka membalas dendam, ertinya mereka tidak faham maksud baik ALLAH melalui kesusahan itu. Dan menolak peluang mendapat pahala memaafkan, yang amat besar di sisi ALLAH.
Dengan itu akhirnya, seperti yg selalu terjadi dalam sejarah Islam di zaman salafussoleh, pesalah dimaafkan oleh pihak keluarga yang mendakwa. Dalam Islam, pemberian maaf diiktiraf oleh mahkamah terhadap kesalahan sesama manusia. Yakni hukuman ditarik balik. Kalau kena juga cuma hukuman ta’zir yang agak ringan.
Apabila pesalah mengetahui yang ia diberi maaf oleh orang-orang yng dia telah bersalah, jiwanya yg mati tadi hidup kembali bersama keinsafan yg mendalam. Kalau tadi,dia tidak menangis tetapi seelok dimaafkan pasti dia menangis. Kalau mata tidak berair tetapi hatinya hancur oleh keharuan dan kekesalan.
“Aku telah menzalimi orang-orang yang cukup baik padaku. Aku telah menyeksa mereka tetapi mereka telah memulangkan nyawaku, tanganku dan kehormatanku. Mereka telah membela keluargaku dari kehilangan aku dan akibat-akibatnya. Aku insaf wahai Tuhan. Aku bertaubat dan aku berjanji untuk menyelamatkan orang-orang yang telah menyelamatkan aku ini.”
Demikianlah lebih kurang hati manusia akan berbicara terhadap dirinya disaat-saat ia dilepaskan dari kematian dan kesusahan yg sudah pasti.
0 comments:
Post a Comment