Terjemahan Surah Al-Anbiya' Ayat 83, Surah Rawatan Kanser

Maksud ayat: Dan ( ingatlah kisah ) Ayub, ketika dia berdoa kepada Tuhannya, "( Ya Tuhanku ), Sungguh aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang."

23. Sila baca keseluruhannya. Ketika ustaz mengajar kami membaca doa ini, diminta kami meletakkan tapak tangan kanan di atas dada tempat letaknya jantung. Perhatian: Sangat disarankan rujuk tafsir Al-Qurtubi tentang ayat ini untuk mendalami lebih lanjut Kisah Nabi Ayub.

24. Doa ini ialah doa Nabi Allah Ayub AS yang ditimpa penyakit yang cukup berat. Subhanallah, Nabi Ayub AS tak pernah mengeluh, malah memuji Allah SWT dalam doa ini.

25. Doa ini adalah setelah Allah memberi jaminan akan memakbulkan doa Nabi Ayub AS. Boleh dibaca sekali setiap selepas satu waktu solat ( yakni 5 kali sehari ) atau terus baca 5 kali sekaligus selepas Solat Subuh, atau 5 kali sekaligus selepas Solat Isyak.

26. Niatkan untuk mendapat kesembuhan penyakit daripada Allah SWT. Insya Allah maqbul, sebagai penawar kepada penyakit rohani mahupun jasmani.

.
.
.

Sumber : Rakan2Telegram ( http://telegram.org )

0 comments:

Post a Comment