AKTA HASUTAN 1970

Perkongsian mengenai sesuatu yg ada kaitan dg AKTA HASUTAN 1970..
HASUT  adalah membuat atau mendorong seseorang supaya tidak puas hati, sakit hati atau marah kepada orang lain dalam erti kata lain merangsang  ke arah keburukan.  MENGHASUT pula membawa maksud menjadikan orang sakit hati atau marah kepada orang lain, mengapi-apikan dan sebagainya. HASUTAN pula adalah fikiran yang diberi menjurus kepada permusuhan

Manakala menurut Islam ia juga disebut sebagai MENGADU DOMBA yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut. memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik. serta berkeinginan untuk menghancurkan , menjatuhkan harga diri, kemuliaan dan kehormatan orang lain, sedang orang itu tidak ada di hadapannya. Bagai peribahasa Telunjuk lurus, kelingking berkait yang membawa maksud kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat. Jika sikap ini wujud dalam satu perhubungan sudah pasti hubungan akan hancur jadinya.

DIFINASI HASUTAN MENGIKUT AKTA HASUTAN 1948 yang saya Faham pula ...Definasi HASUTAN mengikut Akta Hasutan 1948 menterjemahkan 'HASUTAN' Apa=apa perbuatan , ucapan, perkataan , penerbitan atau apa-apa benda lain yang mempunyai kecenderungan menghasut .  Definasi penerbitan semua  perkara bertulis atau bercetak yang mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat atau mengikut rupanya, bentuknya atau apa-apa cara lain yang boleh menggambarkan perkataan atau gagasan.  Definasi Perkataan  apa-apa ungkapan, ayat atau bilangan perkataan atau gabungan perkataan bertutur-tutur yang lain samada secara lisan atau bertulus.

Kecenderungan menghasut merangkumi: bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja atau kerajaan.

(B) bagi membangkitkan rakyat mana-mana raja atau penduduk mana-mana kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan dengan apa-apa cara selain cara yang sah.

(C) Bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau mana-mana negeri.

(D) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia dalam kalangan rakyat Yang Dipertuan Agong atau rakyat raja mana-mana negeri atau di kalangan penduduk di mana negeri.

(E) Bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau penduduk yang berlainan di Malaysia(F) bagi mempersoalkan apa=apa perkara, hak, taraf , kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan bahagian 111 Perlembagaan Persekutuan atau perkara 152,153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

Sesiapa yang terlibat dan disabitkan dengan kesalahan menghasut akan dikenakan hukuman.  Menurut Akta Hasutan 1948, antara hukuman yang boleh dikenakan ialah : orang yang melakukan atau cuba melakukan atau berkomplot dengan orang untuk melakukan , mencetak, menerbit atau mengimport apa-apa penerbitan menghasut.  Kesalahan kali pertama -didenda melebihi RM5000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.  Kesalahan seterusnya di penjara tidak melebihi lima tahun apa-apa penerbitan yang digunakan sebagai keterangan atau bukti hendaklah dilucuthak dan boleh dimusnahkan.

Mana-mana orang yang ada dalam miliknya tanpa sebab yang sah dengan apa-apa penerbitan menghasut telah dianggap melakukan kesalahan .  Kesalahan pertama didenda tidak melebihi RM2000 atau penjara tidak melebihi 18bulan atau kedua-duannya . (B)kesalahan seterusnya - dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun dan penerbitan itu hendaklah dilucuthakkan dan boleh dimansuhkan dengan apa-apa sahaja cara yang diarahkan mahkamah.

Perasaan orang yang mengalami dan di katakan seperti  ini sudah pasti  sedih , takut , geram dan kecewa seperti di tikam dari belakang oleh orang yang dipercayai , di hormati malah di sayangi. Malah kita menjadi  berprasangka kepada semua orang dan sukar untuk mempercayai orang apalagi perkara ini terjadi  antara diri dengan orang yang di percayai dan di sayangi ( antara pekerja dengan majikannya, antara adik beradiknya, antara diri dengan sahabat. dll.

0 comments:

Post a Comment