TIPS UNTUK MENGESAN EMAS PALSU

Kenapa anda perlu tahu ???

1. Menjual atau menggadai emas palsu merupakan satu kesalahan dan anda boleh didakwa

2. Menipu pembeli adalah berdosa

Okey, tips yg mudah untuk mereka yg ingin menjual atau membeli barang kemas, supaya anda tidak tertipu dan tidak didakwa.

1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan kaler maka emas tersebut mungkin palsu.

2. Dengan lembut, cocokkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut.

3. Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yg tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic. Tips ini sesuai untuk emas yg besar/tebal seperti jongkong emas atau ( platinum ), jika anda lihat barang kemas tersebut melekat pada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.

4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yg boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut. Ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yg banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan sahaja, ia keras atau lembut ( tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah )

5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasaanya setiap emas akan ditanda kualitinya seperti 916, 750 atau apa saja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina ada beberapa gambarajah seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 atau emas lama.

6. Jika ada tanda seperti GP( Gold Platted ), atau ZGP ( Zhulian ) maka ia adalah emas celup. Lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia adalah palsu.

7. Jika anda tidak sayng barang kemas anda, anda boleh cuba toreh kepada batu hitam berkali-kali dan anda boleh tengok samada warna emas ataupun warna putih kesilveran yg terhasil. Hanya dua logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning.

8. Ada juga barang kemas palsu yg terbentuk bulat dan sukar untuk diputar ( penipu emas pun arif tentang emas palsu ) maka tiada cara lain, anda perlu bawa sendiri emas anda dan berjumpa dengan mereka yg lebih arif.

9. Emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas anda pada seluar jeans yg anda pakai ( dockers pun boleh ) sehingga panas dan cuba bau. Jika ia adalah besi atau apa sahaja anda boleh bau seakan ferum ( bau besi,bau ikan ).

10. Jika ia jongkong yg ditulis berat pada sisinya, sila pergi timbang kerana kebiasaanya jongkong palsu tidak mempunyai berat yg tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yg lain. Emas adalah logam yg paling padu, maka tiada logam lain yg mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yg sama.

11. Jika anda menonton filem koboi, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya. Ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut. Anda boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti menggigit ekzos kereta ( tapi kami tidak akan bertanggungjawab jika gigi anda patah ye..hehehe )

0 comments:

Post a Comment