Pilihan Pelaburan
Dengan RM10,000.00. Apa pelaburan yang memberikan keuntungan tinggi dengan risiko rendah?
Ok. Mari kita lihat pilihan-pilihan yang ada.
A. Pelaburan Risiko Rendah = Keuntungan Rendah
Simpan di dalam akaun simpanan dan nikmati faedah 0.15 – 1.4% setahun = maksima RM140.00 setahun
Simpan di dalam akaun simpanan tetap dan nikmati faedah 3.0 – 3.8% setahun = maksima RM380.00 setahun
Simpan di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan nikmati faedah 7.0 – 9.0% setahun = maksima RM900.0
Kesan : Selamat & Tidak terdedah kepada kehilangan modal
B. Pelaburan Risiko Sederhana = Pulangan Sederhana
Simpan di dalam Unit Amanah (Unit Trust) dan nikmati kadar faedah purata 10.0% – 20.0% setahun = maksima RM2,000.00
Kesan : Selamat dan mempunyai kemungkinan untuk kehilangan modal
C. Pelaburan Risiko Tinggi = Pulangan Tinggi
Melabur di dalam pelbagai instrument pasaran saham, stok dan sebagainya dan nikmati kadar dengan faedah melebihi 100%
Kesan : Tinggi risiko untuk kehilangan modal pelaburan dan berkemungkinan untung lebih tinggi . Tidak digalakkan bagi kebanyakan pelabur yang tidak berpengetahuan. Bayaran yuran 'Remaiser' dikenakan.
D. Pelaburan Risiko Rendah = Pulangan Tinggi
Simpan di dalam bentuk emas fizikal dan nikmati kadar pulangan purata 25 – 42% setahun = maksima RM4,200.00 setahun
Kesan : Selamat dan anda mempunyai kawalan bagi menentukan kadar pulangan pelaburan anda pada bila-bila masa sahaja. Mempunyai nilai kecairan yang sangat tinggi serta jangka hayat yang panjang. Kita sendiri yang menentukan bila hendak mengaut keuntungan.
Pilihan pada anda, buatlah pilihan yang bijak untuk anda melabur untuk masa depan?
0 comments:
Post a Comment