Tipu Itu Bohong, Malas Itu Sombong !!!,

Kisah benar yang menarik perhatian untuk dikongsikan bersama. Mudah2an kita menjadi ummat yang berfikir. Kisah ini adalah berkisar tentang seorang nenek tua yang telah pergi ke kaunter salah sebuah bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 500.

Tetapi kemudiannya kerani dikaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak yang kurang ajar kepada nenek tua itu sambil berkata " Kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM 5,000 sila keluarkan di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit. "

Kemudian, nenek tua itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata ... " Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini."

Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun nenek tua itu terdapat sejumlah RM 200,000,000 !!! !!! !!!.

Maka, dengan lemah lembut &  penuh santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu dan jika mahukan pengeluaran sebanyak jumlah tersebut itu, perlulah membuat temujanji terlebih dahulu.

Nenek tua itu kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta-merta pada hari tersebut. Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan lagi santun. " Jumlah maksima yang boleh dikeluarkan dalam sehari hanyalah sebanyak RM 300,000 sahaja.

Nenek tua itu menjawab ... " Kalau begitu saya mahu keluarkan RM 300,000 SEKARANG !!! ". Maka, dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada nenek tua itu.

Setelah mengambil duit tersebut, nenek tua dengan baiknya menyerahkan semula duit sebanyak RM 299,500 kepada kerani tersebut dan berkata, "Saya hanya memerlukan RM 500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya seraya berkata " Terima kasih ".

.
.
.

Dari Haritsah bin Wahb ra. berkata :
"Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda :

"Mahukah kamu sekalian aku beritahu tentang ahli neraka ???, Iaitu setiap orang yang kejam, rakus dan sombong ". 

( Hadith : Riwayat Bukhari dan Muslim )

KISAH & TELADAN :
Yang Penting Bukan Siapa Kita Dahulu Tapi Siapa Kita Sekarang dan Akan Datang.

Memperkenal atau Diperkenalkan.
JOM GGV - Hanya RM 390
" Berani Merempuh Perubahan !!! "
Emas Dapat Duit Pun Dapat !!!

0 comments:

Post a Comment