Emas ... Pada Zaman Dahulu

Pada zaman dahulu, semua negara dan kerajaan menggunakan emas sebagai matawang untuk urusan jual beli dan sebagainya. Ramainya manusia menggunakan emas adalah sama seperti mana ramainya manusia menggunakan wang kertas pada hari ini. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan2 syiling2 emas, barang2 kemas, dsb.

Emas dipilih kerana ia mempunyai nilai intrisik (semulajadi) didalamnya. Emas itu sendiri mempunyai nilai sendiri berbanding dengan wang kertas yang nilainya hanyalah sekeping kertas sahaja. Hanya dibezakan dengan nombor2 yang ditulis diatasnya dan nilai nya hanya diperakui oleh pihak kerajaan semata2..apa berlaku kalau tiba2 kerajaan dah tak nak perakui nilainya? hmm..sendiri boleh tahu. Jadi kertas tandas sajalah jawabnya.

Emas itu sendiri memang semua orang suka di seluruh dunia. Cuba lihat sukan olimpik, apakah yang dikejar oleh para atlet? Pingat apa?

Mengapa mereka tidak dikalungkan dengan kalungan wang kertas? Berapa lama sudah sukan olimpik diadakan? Tidak cukup dengan itu, lihat sultan2 Melayu hari ini, apakah yang mereka pakai?

Emas tidak akan jatuh nilainya. Kerana emas tetap emas. Tidak boleh dicipta. Allah swt berapa kali menyebut tentang emas dalam Al-Quran..ada tak wang kertas disebut dalam Al-Quran walaupun sekali? Ini sudah menunjukkan bahawa emas mempunyai nilai istimewa yang tersendiri.

Sejak zaman dahulu lagi, emas telah digunakan sebagai matawang, ufti, hadiah oleh para penjajah kita. Tidak kiralah Belanda, Portugis, Siam, British, dsb. Semua mereka ini menggunakan emas sebagai matawang.

Tapi mengapa tiba2 mereka menukar kepada wang kertas? Jawapannya adalah kerana peperangan. Peperangan membuatkan mereka dilanda masalah kewangan yang teruk. Oleh kerana emas tidak boleh dicipta dan digunakan untuk membiayai peperangan mereka, jadi mereka telah beralih kepada satu sistem baru iaitu sistem wang kertas. Oleh kerana semua emas2 mereka telah habis dibelanjakan untuk tujuan peperangan bagi meluaskan jajahan mereka itu.

Kepulauan Melayu bergolak dengan penjajahan demi penjajahan. Sehingga tulisan Jawi kita juga dijajah menjadi tulisan Rumi (Roman) seperti huruf2 yang kita sedang baca sekarang. Bahkan ada juga warga veteran yang masih menghafal lagu Jepun.

Banyak ker kos kalau nak berperang? Sudah tentu tinggi!

Nak bayar tukang buat senjata..
Nak bayar tukang buat kapal..
Nak bayar tukang masak..
Nak bayar ubat-ubatan..
Nak bayar jururawat..
Nak bayar tukang kimpal kapal...
Nak bayar askar..

Dan macam2 lagi lah...

Kerana dek tamakkan kuasa dan tanah jajahan..peperangan demi peperangan berlaku. Simpanan emas semakin berkurangan bagi membiayai kos2 ini. Akhirnya, wang kertas dicipta dan ianya boleh dicipta sesuka hati  bagi membiayai lagi kalau ada peperangan. Jadinya, wang kertas atau sistem 

monetari kita sekar2ang ini adalah penyebab utama mengapa selalu jer jadi peperangan disana sini. Kalau kita masih guna emas sekarang, sudah tentu bila stok emas habis..jadi tak jadi lah nak berperang. Itu lah keunikan emas, ianya adalah unik..dan tidak boleh dicipta.

Pada hari ini, kerajaan Amerika Syarikat turut mengalami perkara yang sama. Mereka kerugian kerana peperangan. Peperangan zaman sekarang lebih banyak melibatkan wang..bom2 berkuasa hebat, teknologi canggih, pesawat canggih..dsb.

Ketahuilah pada masa kini, wang kertas dicipta sesuka hati oleh pihak kerajaan masing2 untuk membiayai apa saja program, apa saja kehendak, apa saja perancangan oleh pihak kerajaan. Ini termasuklah untuk tujuan berperang. Wang kertas adalah hasil ciptaan apa orang kata "the hidden hands" yang mempunyai agenda tersembunyi untuk mengawal ekonomi dunia dan ingin menguasai dunia.

0 comments:

Post a Comment